Kehidupan peribadi Balkisyh Semundur Khan

Balkisyh berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli, adik kepada pengarah dan penerbit Jurey Latiff Rosli pada 2007, dan dikurniakan dua cahaya mata.[2] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017. Pada Julai 2018, satu rakaman video menunjukkan Balkisyh dan bekas suami bergaduh menjadi tular di media sosial, berkikutan pertengkaran berlaku antara mereka, malah insiden itu turut disaksikan oleh anak-anak mereka.[3] Balkisyh kemudiannya meluahkan rasa kecewanya di laman Twitternya bahawa video itu sengaja dirakam bagi menjatuhkan dirinya.[3]